Pesta ria Battersea Taman_Battersea

Satu lagi bahagian yang ditukar adalah penambahan Pesta Ria Battersea: rollercoaster, buaian, bulatan dan keseronokan menyeluruh untuk seisi keluarga.

Tunggangan paling menarik di pesta ria itu adalah sebuah rollercoaster yang dipanggil Pencedok Besar, yang dibuka pada 1951. Ia diperbuat daripada kayu dan terjejas dalam satu kebakaran besar pada 1970. Ia terus ditutup pada 1972 selepas lima orang kanak-kanak terbunuh dan tiga belas yang lain cedera dalam satu kemalangan pada 30 May 1972 apabila salah satu dari tren tersebut terpisah dari tali pengangkutan, sebelum tergelincir dan jatuh 45 kaki (14 m) ke bumi.[2] Kekurangan tarikan utama membawa kepada kurangnya sambutan dan seterusnya kepada penutupannya pada 1977.

Selepas penutupan tersebut, tunggangan "Jetstream" dijual kepada Trusthouse Forte, pemilik terdahulu Taman Zoologi Belle Vue.